About

Facebook

BERLANGGANAN

Subscribe to our Newsletter to get important updates about our network & spicy inside stories.

Broker InstaForex Batam

InstaForex

Menganalisa dengan trendline part 2 + video

 
InstaForex



Trendline
Trendline ialah satu garisan di mana ia dapat membantu kita mengenal pasti trend sesuatu pair.Dengan trendline kita dapat jangka samada sesuatu pair itu Uptrend (UT) atau Downtrend (DT). Trendline ini terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. Up Trendline
  2. Down Trendline

Cara untuk melukis trendline adalah subjektif. Ada sesetengah trader melukis trendline dari candlestick shadow tetapi saya suka melukis trendline dan SNR dari body ke body candlestick. PASTIKAN garis trendline menyentuh sekurang-kurangnya 3 body.

Up Trendline
Untuk melukis Up Trendline anda perlu mencari terlebih dahulu lowest body candlestick yang selari.Kebiasaannya ia terletak pada garis2 support.
Di bawah adalah contoh Up Trendline dalam chart


Down Trendline
Untuk melukis Down Trendline pula, anda perlu mengenal pasti the highest body candlestick terlebih dahulu. Kebiasaannya ia selari dengan garis2 resistance.
Berikut adalah contoh Down Trendline di dalam chart.



Untuk kualiti video lebih jelas, sila setkan Quality video sekurangnya 480p

Breakout Signals
Dengan trendline juga kita dapat kenal pasti Breakout Signals. Antara Breakout Signals yang dapat ditunjukkan dengan menggunakan trendline ini ialah:
  1. Channels Breakout
  2. Triangles Breakout

1. Channels Breakout
Channels breakout dapat dikenalpasti jika price telah break garis2 trendline anda samada garis Up Trendline atau Down Trendline. Lihat contoh di bawah

Anda dapat lihat price telah menghampiri line Up Trendline. Jom kita lihat apa yang berlaku seterusnya
Selepas price break line Up Trendline, ia terus menjunam ke bawah. Cuba anda bayangkan berapa ratus pips yang anda dapat? :)

2. Triangles Breakout
Triangles Breakout terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
  1. Ascending Triangle
  2. Descending Triangle
  3. Symmetrical Triangle

Ascending Triangle
Ascending Triangle ialah dimana Up Trendline anda menyentuh garisan resistance. Cuba lihat contoh di bawah:
Lihat price telah menghampiri line resistance dan beberapa kali price cuba break line tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?
Setelah price break line resistance ia meneruskan bullish. Banyak pips yang boleh anda dapatkan dengan teknik breakout ni :)

Descending Triangle
Descending Triangle pula ialah dimana Down Trendline menyentuh garisan selari Support. Lihat contoh di bawah:
Anda lihat price beberapa kali cuba menyentuh line support. Lihat apa berlaku seterusnya
Setelah price dapat break line support ia terus menjunam ke bawah.

Symmetrical Triangle
Symmetrical Triangle ialah di mana garis Up Trendline bertemu dengan garis Down Trendline. Lihat contoh di bawah:
Kebiasaannya pattern Symmetrical Triangle agak susah untuk di ramal samada ia bullish atau bearish.
Untuk contoh ini kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya.
Nampaknya price break Down Trendline dan trend sudah bertukar arah ke bullish.

NOTA: Walaupun trendline ini nampak mudah, ia adalah satu cara yang PENTING untuk kita mengenal pasti trend sesuatu pair dan juga mengenal pasti breakout yang bakal mengubah trend semasa.

Tidak ada komentar:
Write komentar

Interested for our works and services?
Get more of our update !